PUNCA, KESAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PENEBANGAN HUTAN DI MALAYSIA
PENGENALAN Menurut Wikipedia (2021), alam sekitar merupakan segala benda atau bukan hidup wujud secara semula jadi di permukaan bumi ataupun sebahagian daripadanya. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat berharga dan bernilai kepada semua kehidupan. Semua benda hidup telah banyak bergantung kepada sumber alam untuk meneruskan hidup serta memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Alam sekitar yang bersih memberi kita suasana yang harmoni, selesa dan menyamankan. Tegasnya, apabila sesebuah negara semakin membangun maka populasinya akan semakin meningkat (Hasan, 2015). Hal ini menyebabkan kadar permintaan masyarakat semakin bertambah terhadap sesuatu keperluan dan gaya hidup yang lebih selesa. Sebagai contoh,tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya. Alam sekitar kita telah terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara seiring perubahan zaman dan kemajuan pembangunan negara. Alam sekitar yang tidak dijaga semakin terancam dari semasa ke semasa dan tercetusnya pelbagai